Thursday, April 28, 2011

politik....oh politikus......

Assalamualaikum hai sekalian alam.... kali ini aku nak cerita pasal bencana politik yang berlaku kat negara kita yang tercinta ni...Malaysia...first,aku agak korang semua mesti tahu apa situasi yang berlaku kat negara kita mengenai politik.. aku sebenarnya dah faham sangat dengan permainan politik dekat Malaysia nee..walaupun aku baru berusia 19 tahun..tapi aku tahu macam mana peperangan politik ni berlaku antara parti-parti yang ada dekat Malaysia ni.


 

peperangan politik yang berlaku di Malaysia ni boleh dikatakan agak hebat sehingga menarik perhatian sedikit sebanyak dunia barat..terdahulu semasa kemelut kontroversi melibatkan kes liwat pertama DSAI,heboh sehingga ke negara barat..Almaklumlah..sekarang zaman globalisasi..berita tersebar dan merebak dengan mudah tanpa halangan.. kalau sebut bab politik ni...jangan cakaplah...politik dan rasuah ni ibarat isi dan kuku..baik yang kerjaan mahupun pembangkang..mana-mana parti boleh dikatakan terlibat. Tapi aku cuma kata parti politik..aku tak kata semua pemimpin politik..Bagi aku,kita boleh nampak pembangunan yang didirikan kerajaan agak moden sehingga kita berasa pihak kerajaanlah yang boleh meneraju Malaysia untuk lebih maju... Tidak wahai rakyatku.... bukan hanya mereka-mereka dari pihak kerajaan sahaja yang boleh memimpin Malaysia ini... setiap orang boleh memimpin...tetapi kepimpinan mereka perlulah berlandaskan paksi yang jujur,ikhlas dan adil. Bukanlah menjadi pemimpin yang sentiasa dahagakan kuasa dan kesenangan ..aku mewakili seluruh belia yang sebaya dengan aku menginginkan pemerintahan yang melindungi rakyatnya serta memajukan negaranya.Dulu..aku sentiasa tertipu oleh propaganda media yang sentiasa mengampu dan membodek kerajaan.Aku terfikir ,takkanlah media sentiasa berat sebelah? mengapa asyik tunjuk pasal kebaikan yang dibuat-buat BN? takkanlah tak tunjuk langsung pasal pembangkang?? sekarang baru aku sedar..peranan media untuk membentuk corak pemerintahan memang berkesan..agak-agak korang..nenek-nenek tokwan-tokwan kat kampung tu pernah tak terfikir mengapa hari-hari mereka disuap kebaikan-kebaikan kerajaan??pernah tak kita sebagai rakyat terfikir..kerajaan membuat jalan..buat highway untuk kesenangan rakyat,kenakan tol untuk tarif berpatutan..tetapi tol sentiasa naik..macam kerajaan berniaga dengan rakyat.. sepatutnya kurangkanlah penderitaan rakyat..macam isu minyak..Malaysia negara yang kaya,ada telaga minyak sendiri..tetapi kenapa perlu menaikkan harga minyak?sedangkan minyak kita yang punya..mengapa nak selaraskan dengan harga minyak dengan barat(US)??sedangkan US minyak pun tak berapa ada..mereka bukan negara pengeluar minyak..pernah tak kerajaan bayangkan penderitaan rakyat?selama modenisasi yang kita terima selama ini..berbaloikah dengan apa yang kita tanggung untuk hari-hari kita yang mendatang? macam pihak pembangkang pula, dari pemerhatian aku.. mereka selalu diisukan dengan kontroversi-kontroversi yang takkan habis selagi mereka ni wujud..aku sebagai anak muda yang lahir di bumi Malaysia ni tak suka kami disuap dengan kontroversi,fitnah,rasuah,video seks,dan fahaman yang suka membodek!! kami cuma mahukan kehidupan yang sempurna  dan politik yang bersih.. tak salah berpolitik wahai pakcik dan makcik