Wednesday, February 23, 2011

perangai polis-polis trafik di Malaysia...ish3..

Assalamualaikum..
Kali ni aku nak cerita tentang kejelikan segelintir anggota seragam putih di Malaysia... bukan semua taw...segelintir... Alkisahnyaa macam nee..
(baik naik vespa..baru mantap)
Hari selasa ritu, aku ngan member aku..muiz dat is tokey nasi lemak armada 2 nak pegi manjung.Aku nak pegi survey laptop,nak beli la baru. Yang si Muiz ni plak nak pegi klinik..tah allergik apa tah kat badan diaa..sakit kulit abis dia nee..tengah ondaway nak pegi Manjung tu..aku perasan yang banyak kereta angkat lampu tinggi kat aku.aku pun pelik laa..aku tak kenal pun..awat depa angkat lampu tinggi?nak
kata ada hantu follow belakang aku tak pun..siang-siang terik macam nee..musykil aku..hmm...lantaklah..(bentak hatiku)hehehe,...
Turun je dari jambatan dekat Grade One Marine Shipyard tu aku ternampak satu road block...dengan kelam kabutnya aku gelabah..tapi aku tersedar..

"Eh .aku tak wat salah apa pun awat aku nak takut?".
.
Haha betul jugak kan..dengan muka selambernya aku berentikan motor aku yang hijau tuh.
Meh la makcik ne men'sound' aku....


"Ni apa neh?no. plat hilang huruf p neh?(p*g 1**1) ne nak kena tahan neh"

Dengan tak malunya seorang brader polis ne mai mintak aku punya lesen ngan road tax aku.aku pun bagi lahh..
Makcik polis tu pun memulakan bicara (aiseh)....

 "Ambooiihh...dalam lesen neh muka sikit punya suci dan murni,awat lain muka?"

(Aku gelak dalam hati kah3....) aku jawab balik

" Ni gambar edit muka la makcik" .aku dok pikir gak dalam hati..makcik ni buta teknologi kaa?? hadoii...lantak kau laa labuu..~

 Pastu,makcik tu tahan satu lagi motor,tapi motor tu x berenti...aku pelik laa..polis trafik nee memang suka mark motor ka?kereta x tahan pun,lori kaa..adoi macam ni laa orang melayu..~(aku pun melayu jugak)
mamat polis motor x bleh blah pun terus pegi kejor motor tu..ala orang baru balik dari memancing pun nak tahan..teruk betul laa...lepas tu mak cik tu terus lepas kami..huh~ dengan selamatnya kami berlalu...pastu aku nampak la motor kuda putih yang mamat polis ne baru lepas kejar  motor td..aku gelak ngan muiz..motor je besar...kejar orang naik motor cabuk pun terlepas..wakakaka... pastu aku berenti kat trafik light sebab nak masuk simpang belok kiri..aku perasan motor polis tadi ada kat belakang aku..aku ushar dia guna side mirror,dia ushar padat aku balik laa...wah... takutnyaa..hahaha.. hijau je lampu trafik light aku pun gerak laa...motor polis tu kat sebelah aku,ingat nak race ngan polis laa...haha.. tengok dia suh aku berenti kat tepi..ahh sudahh..aku x race ngan dia lagi nee..apahal lak..dia memulakan bicara
  (motor jenis ni laa...)

"Dik bagi ic lesen ngan roadtax."

 Aku terus jadi bengang laa kat diaa.. aku terus sound dia..

"Aik,apa ne ?tadi bukan dah tahan dah kaa dekat road block tadi ngan makcik tu? tadi hang sendiri yang ambik lesen ngan roadtax aku..nak cek apa lagi??"

dia pulak jawab

" Laa ye ke??sori laa..x pa la"
(keja nak saman jee taw..tapi situasi ni betul laa)

dengan muka malunya terus blah dari situ dengan motor besarnyaa..aku dengan muizz pun terus blah dari situ..x habis2 aku menyumpah2...kalau ye pun nak cari duit tepi jangan cari orang yang sama...buat kerja kantoi..kan dah malu..wat malu orang melayu jaa..kalau nak buat penaya pun buat la kat orang bangsa lain..ni sama bangsa pun nak penaya...sebab tu orang ramai tak suka sangat golongan depa nee.. tapi apa yang aku tulis ne segelintir saja..aku tak maksudkan semua... ada jugak jenis yang baik...tanpa depa jugak Malaysia ni x aman laa.bakal bapak mentua aku jugak polis...tapi orang tua2 ada kata..kerana nila setitik rosak susu sebelanga..haa ni laa yang jadi...rakyat jugak yang bagi tanggapan negatif..hai..~

Thursday, February 17, 2011

perempuan bertudung,tuntutan atau sekadar fesyen??

Assalamualaikum..

kebelakangan ini,semakin banyak koleksi tudung yang berada di pasaran. Kemunculan koleksi-koleksi ini seakan cendawan tumbuh selepas hujan. Terserlah ayu melihat gadis-gadis remaja masa kini bertudung litup dan tampak begitu sopan pada pandangan mata masyarakat. Terdapat juga di antara mereka yang dahulunya tidak bertudung,kini begitu manis berpenampilan baru dengan bertudung. Namun,adakah mereka semua melakukan penghijrahan tersebut atas dasar kesedaran diri mereka sebagai seorang wanita islam atau pun sekadar untuk berfesyen?

 FESYEN ATAU TUTUTAN SYARIAT?
Pada pandangan saya sendiri,kebanyakan mereka bukanlah menukar imej tersebut kerana sedar akan tuntutan islam yang menyeru semua insan yang bergelar wanita menutup aurat untuk tujuan mengelakkan fitnah dan terhindar dari bahaya zina tetapi sekadar untuk berfesyen dan mengikut trend terkini kononnya. Bertudung kini bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ianya berbeza dengan zaman sebelum ini. Dahulu, seseorang yang bertudung merupakan seorang yang di sanjung tinggi oleh masyarakat dan di anggap mempunyai  nilai-nilai moral hidup yang murni dalam diri mereka. Bagi  mereka yang tidak bertudung pula, mereka tidaklah di pandang hina oleh masyarakat cuma mereka dianggap biasa sahaja. Walaupun mereka tidak bertudung, masalah sosial dalam kalangan masyarakat tidaklah terlalu ketara. Berbeza dengan wanita melayu masa kini yang terlalu ramai terlibat dengan gejala sosial negatif. Tidak ketinggalan  mereka yang bertudung juga terlibat sama. Kebanyakan dari mereka yang bertudung ini lebih cenderung kepada gejala negatif seperti berzina,khalwat,homoseks dan lain-lain lagi. Bukan kegiatan tidak bermoral ini sahaja yang menjadi masalah bagi mereka. Cara pemakaian mereka juga tidak menggambarkan diri mereka sebagai seorang muslimah. 

BERTUDUNG TETAPI TERLIBAT DENGAN GEJALA SOSIAL
Pada zaman ini memang banyak gejala sosial yang melibatkan remaja. Bagi remaja perempuan yang bertudung juga,mereka tidak terkecuali. Selalunya golongan ini terlibat dengan zina,khalwat,pembuangan bayi, dan banyak lagi.

Kebanyakan dari wanita yang bertudung sekarang moralnya semakin jatuh.Umpama bertudung hanya pada nama tetapi perangai mengalahkan perempuan lain yang 'free hair'.Contohnya bertudung litup,tidak nampak aurat, walhal suka mengeluarkan perkataan kesat,pergaulan bebas sesama lelaki dan perempuan,tidak menghormati orang tua,suka memaki orang lain,serta memalukan orang lain.Keadaan seperti ini akan memberi tanggapan yang negatif kepada perspektif masyarakat sekeliling,kerana sebilangan individu ,yang lain menjadi mangsa.Ibarat kata pepatah,'kerana kerbau seekor,terpalit semua kena lumpur'.
Kini,di dada  akhbar banyak menyiarkan berita tentang kes khalwat yang semakin berleluasa melibatkan golongan pejajar khususnya.
(APA NI)
 Apabila di lihat, ada dua antara mereka yang tertangkap adalah golongan pelajar yang memakai tudung. Hal ini juga sekaligus mencampakkan mereka ke arah penzinaan pula. Terlanjur perahu boleh di undur,terlanjur perbuatan binasa. Maka lahirlah anak-anak luar nikah yang kelahirannya bukan atas kehendaknya yang mahukan dirinya memegang status anak luar nikah.. Bagi menyembunyikan perbuatan dusta ini, mereka sanggup membuang bayi-bayi yang tidak berdosa ini. Kadang-kadang hingga menyebabkan bayi tersebut kehilangan nyawa tanpa dapat mengenal siapa ibu bapa mereka. Perlakunya pula hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang berlaku. Mereka melakukan hal ini bagi meneruskan kehidupan mereka tanpa diejek,di hina,dan di caci oleh masyarakat. Walhal, perbuatan mereka jelas-jelas menunjukkan yang mereka adalah seorang yang hina walaupun tidak jelas di mata masyarakat tetapi di sisi Allah s.w.t.  

 (NI APAHAL??)

(YANG NI LAGI TAK BOLEH TERIMA!!)








Oleh itu, kesimpulannya bertudung ini perlu disertakan dengan niat yang suci bukan niat yang memaksa diri,apabila memaksa diri jadi lah benda-benda yang tidak elok dilihat oleh umum.Bukan itu sahaja,perangai juga perlulah diubah bukan hanya pada nama wanita melayu bertudung tetapi ligat.Sekian,yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk itu dari saya sendiri,Assalamualaikum...